Be My Friend

Monday, August 13, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah..

      Sedar tak sedar tak lama lagi bulan Ramadhan yang mulia akan berlalu pergi meninggalkan kita. Bagi yang telah memanfaatkan bulan ini dengan melaksanakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah sunat yang lain dengan bersungguh-sungguh, semoga kalian di kurniakan rahmat dari Allah s.w.t. Dan pada mereka yang masih belum.. manfaatkanlah peluang yang datang sekali dalam setahun ini untuk sama-sama mencari keredhaanNYA sementara kita masih diberi peluang olehnya, takut nanti kita tidak lagi berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang berikutnya.. Wallahuaqlam..

      Bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini, tidak salah kalau kita masih nak meneruskan aktiviti pancingan yang boleh dikatakan telah menjadi darah daging sesetengah daripada kita. Akan tetapi harus diingat, jangan sesekali jadikan aktiviti memancing yang sinonim dengan berpanas dan berhujan ini sebagai alasan untuk kita tidak berpuasa. Dan sekiranya kita merasakan diri kita tidak mampu untuk berpuasa sewaktu memancing, maka sebaiknya pertimbangkanlah kembali hasrat kita untuk turun padang, kerana puasa itu lebih utama berbanding keseronokan melayan tarikan MJ,GT, Sebarau,Toman dan sebagainya. Masih banyak ruang waktu selepas Ramadhan untuk kita meneruskan hobi kita yang satu ini.

     Akhir sekali, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat meneruskan Ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan  ketibaan SYAWAL yang tidak lama lagi akan menjelang. Jika sekiranya terdapat salah dan silap dari pihak saya sepanjang penulisan artikel di dalam blog ini.. saya pohon kemaafan dari semua. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada Ibadah yang kita telah kerjakan dan semoga aktiviti pancingan anda berlangsung dengan jayanya.. - Nazrun Nizwan Emran-


4 comments:

  1. Salam.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Raya ni tak pergi memancing ke? Dah lama saya tak memancing.

    ReplyDelete
  2. Raya ni rehat dulu... minggu depan (26/8) baru start mancing balik.. Selamat Hari Raya..

    ReplyDelete
  3. Assalam..sy ashraf dr alor star kedah..sy nk mntak pertolongan dr tuan bad mengenai sorang tekong ni,rsanya tuan bad mmg kenal ngn dia iaitu tekong anuar pangkor,kami ada book untuk trip ngn dia ke pulau jarak nt..so nk tanya ja mcm mna tekong ni,adakah dia seorang tekong yg komited ngn keja dia sebagai tekong tu?mntak tolong sgt2 tuan bleh bg bantuan ni..trima kasih byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan.. saya lama tak Online di sini.. harap trip tuan berjaya.. biasanya abg nuar mmg rajin orgnya. Sepanjang membottom dgn dia.. hasil kami sangat2 memuaskan.. cuma utk pancingan keliling pulau.. kehadiran ikan gred A spt jenahak dan kerapu bolehlah di anggap sbg bonus sahaja.. ikan sasaran utama jika memancing berhampiran pulau ialah ikan delah/jepun.. spesis2 lainnya ialah seperti gt, cupak, talang, tenggiri bunga dan ,tenggiri batang.. jika tuan2 berhasrat utk mencari ikan gred A spt kerapu dan jenahak yg berskala besar.. adalah disarankan supaya menggunakan set kekili elektrik beserta batu ladung bersaiz minimum 24 @ 620 dan ke atas serta memilih waktu air yg agak berarus.. air mati (arus yg terlalu perlahan) adalah tidak sesuai untuk memburu jenahak/kerapu di kawasan perairan perak. Bot2 spt GT Chaser , Seagull dan Deep Master(sekadar beberapa nama) adalah antara pilihan terbaik utk memburu spesis ikan gred A di perairan perak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters