Be My Friend

Friday, February 18, 2011

Trip Pengenalan : Pulau Jarak, Pancingan Tepian Pulau

Trip kali ini dianggotai oleh 11 orang ahli yang datang dari Padang rengas, pantai remis, ipoh dan rawang. Lubuk sasaran adalah sekeliling pulau jarak sahaja kerana ini adalah lebih kepada trip pengenalan bagi 9 daripada 11 orang ahli trip. Trip 2 hari 1 malam ini menyasarkan spesis ikan-ikan karang 'Table Size' yang sememangnya banyak terdapat di sekitar pulau ini.



Photobucket
Terletak lebih kurang 34km menghala ke arah Barat Daya bandar Lumut, kawasan perairan pulau kecil seluas 8 hektar dan setinggi 50m dari paras laut ini amat terkenal sebagai lokasi memancing dan juga aktiviti skuba kerana ianya kaya dengan tumbuhan dan batu karang yang menjadi habitat ikan.

 Semua ahli trip tiba di lokasi untuk menaiki bot (Belakang Outward Bound School, Teluk Batik) sekitar jam 6.30 pagi. Masing-masing mengambil kesempatan untuk berkenalan sesama sendiri dan memunggah peralatan dan bekalan ke dalam bot yang sampai pada jam 7.30 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters