Be My Friend

Saturday, April 17, 2010

Trip Ringan Pulau Sembilan, Perak - 11-12April,2010

Trip kali ini berlangsung di Pulau Sembilan, Perak yang terkenal dengan Talang dan Cencaru 'Kuda'nya. Trip yang asalnya dianggotai oleh 8 orang terpaksa diteruskan juga walaupun2 orang telah menarik diri di saat-saat akhir kerana terlibat dengan kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi ke pengkalan..

Senarai Peserta:

1. Bad - Padang Rengas
2. Shahrul - Padang Rengas
3. Anuar - Padang Rengas
4. Zul Talang - Kuala Kangsar
5. Ijat Molly - Pantai Remis
6. Zul Cabai - Manong



2 orang yang tak dapat hadir disebabkan kemalangan di Batu Gajah ialah saudara Jeff dan seorang rakannya yang namanya belum sempat dikenalpasti.. heheh.

Kami sampai di Outward Bound School, Teluk Batik pada sekitar jam 10:00 pg. Selang setengah jam selepas itu, bot yang kami tunggu-tunggu pun tiba.. "Kalau kami mai awai pun hangpa bukannya boleh naik lagi.. ayaq tengah surut..", kata awak-awak sambil tersengih dgn muka seposennya..



















Tiba di kawasan gugusan pulau sembilan sekitar jam 11:30. Seperti biasa kedatangan kami disambut oleh kawanan ikan-ikan karang seperti Lelah, Ciak Raya, Kunyit2, Uji Rashid, Kerisi dan lain2 yang rakus menyambar apollo berumpankan bilis segar.

Ketika berlabuh berhampiran pulau sesekali aku cuba gak casting 'Bulu Ayam' dengan Koster.. tapi nampaknya takde sekor pun GT yang sudi.. walaupun ketika itu air pasang besar dan menghempas ke batu.. Aktiviti pancingan apollo berumpan bilis berlarutan hingga ke pukul 4 petang.

Memandangkan tiada tanda2 kehadiran cencaru/talang, Tekong Pak Mat mengambil keputusan untuk berpindah ke lubuk baru..

Di lubuk baru sekitar 4:30 petang.. perambut dua cabang digunakan untuk tujuan 'drifting' bilis bagi menjerat Talang/Pandan. Sebaik sahaja umpan diturunkan ragutan pertama berlaku. Melihat cara larian ikan sahlah talang yang punya angkara.. Selepas itu.. semua orang bergilir-gilir menaikkan talang/pandan dan diselang-seli dengan pelata bali (kerapkali berlaku 'double strike'). Memang best layan spesis nih kalau menggunakan set ringan 10-25lb. Kadangkala.. baru saja umpan dilabuh dan belum sempat tenggelam dah pun kena balun.. hehehe.. Ikan makan terus menerus hinggalah matahari melabuhkan tirainya sekitar jam 8 malam.

Tuesday, April 6, 2010

Tuas Yan - 25/3/2010

Tanggal 25/3/2010 satu trip telah di atoq untuk memancing diperairan Yan, Kedah. Trip kali ini telah disertai oleh 5 pemancing yang 'ketegaq'..

Berikutan hasil yang kurang memberangsangkan, makanya aku malas nak cerita panjang.. Tengok je la gambar-gambar yang sempat aku 'snapped'..


Dlm perjalanan...


Shamshul dgn strike pembuka tirai kejohanan..




hasilnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters