Be My Friend

Saturday, April 17, 2010

Trip Ringan Pulau Sembilan, Perak - 11-12April,2010

Trip kali ini berlangsung di Pulau Sembilan, Perak yang terkenal dengan Talang dan Cencaru 'Kuda'nya. Trip yang asalnya dianggotai oleh 8 orang terpaksa diteruskan juga walaupun2 orang telah menarik diri di saat-saat akhir kerana terlibat dengan kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi ke pengkalan..

Senarai Peserta:

1. Bad - Padang Rengas
2. Shahrul - Padang Rengas
3. Anuar - Padang Rengas
4. Zul Talang - Kuala Kangsar
5. Ijat Molly - Pantai Remis
6. Zul Cabai - Manong



2 orang yang tak dapat hadir disebabkan kemalangan di Batu Gajah ialah saudara Jeff dan seorang rakannya yang namanya belum sempat dikenalpasti.. heheh.

Kami sampai di Outward Bound School, Teluk Batik pada sekitar jam 10:00 pg. Selang setengah jam selepas itu, bot yang kami tunggu-tunggu pun tiba.. "Kalau kami mai awai pun hangpa bukannya boleh naik lagi.. ayaq tengah surut..", kata awak-awak sambil tersengih dgn muka seposennya..



















Tiba di kawasan gugusan pulau sembilan sekitar jam 11:30. Seperti biasa kedatangan kami disambut oleh kawanan ikan-ikan karang seperti Lelah, Ciak Raya, Kunyit2, Uji Rashid, Kerisi dan lain2 yang rakus menyambar apollo berumpankan bilis segar.

Ketika berlabuh berhampiran pulau sesekali aku cuba gak casting 'Bulu Ayam' dengan Koster.. tapi nampaknya takde sekor pun GT yang sudi.. walaupun ketika itu air pasang besar dan menghempas ke batu.. Aktiviti pancingan apollo berumpan bilis berlarutan hingga ke pukul 4 petang.

Memandangkan tiada tanda2 kehadiran cencaru/talang, Tekong Pak Mat mengambil keputusan untuk berpindah ke lubuk baru..

Di lubuk baru sekitar 4:30 petang.. perambut dua cabang digunakan untuk tujuan 'drifting' bilis bagi menjerat Talang/Pandan. Sebaik sahaja umpan diturunkan ragutan pertama berlaku. Melihat cara larian ikan sahlah talang yang punya angkara.. Selepas itu.. semua orang bergilir-gilir menaikkan talang/pandan dan diselang-seli dengan pelata bali (kerapkali berlaku 'double strike'). Memang best layan spesis nih kalau menggunakan set ringan 10-25lb. Kadangkala.. baru saja umpan dilabuh dan belum sempat tenggelam dah pun kena balun.. hehehe.. Ikan makan terus menerus hinggalah matahari melabuhkan tirainya sekitar jam 8 malam.










































Acara sebelah malam adalah memancing dasar semata-mata dengan menyasarkan alu-alu sebagai spesis buruan. Berumpankan ikan tongkol dan tamban buluh.. Hanya 2 ekor yang berjaya dijerat sepanjang malam ditambah dengan seekor Kerapu Tongkol 'Table Size' seberat 2.5kg serta seekor pari bintik sekitar sekilogram yang berjaya dipancing oleh tekong menggunakan koyan saktinya. Sayangnya tiada kelibat sotong pada malam itu. Kalau tidak mungkin lebih banyak hasil tangkapan yang berjaya diperolehi (agaknya lah..).























Hari terakhir.. setelah sarapan pagi (megi berlaukkan plata bali).. aktiviti memancing diteruskan untuk mencari kawanan cencaru/talang/pandan yang kadang2 frenzy pada waktu pagi.. Tapi sehingga tengah hari.. hanyalah ikan karang sebesar telapak tangan yang sudi menjamah umpan. Sekitar jam 11:00 pagi sauh diangkat dan bot bergerak menuju ke darat..

Sebelum pulang ke darat, tekong melabuhkan bot di 'boya' berhampiran Pulau Pangkor sekitar jam 12:00 tgh. Di situ kami melabuhkan apollo bersaiz 9 dan 10(jenama seahawk 888). Sambutan sangat menggalakkan daripada spesis plata dan termenung yang tak putus2 mengasak apollo 'O'. Keadaan berterusan sehingga jam 4 petang. Di situ kami berjaya menaikkan plata dan termenung yang berjumlah sekitar 50kg. Sekitar jam 4 petang kami meneruskan perjalan balik ke darat dan tiba pada jam 4:30 petang. Sesi berakhir sekitar jam 5:30 petang selepas acara pembahagian hasil tangkapan.

















Keseluruhan Hasil:

Talang/Pandan =  50 ekor
Pelata Bali skala 500g-1kg = 10 ekor
alu-alu skala 5kg = 2 ekor
Kerapu 2.5kg = 1 ekor
Ikan karang = Berpuluh-puluh ekor
Termenung/Pelata/ Cencaru = 50kg

Terima Kasih kepada semua ahli komplot pada kali ini kerana tekun memancing walaupun hasil tak seberapa.. Inilah namanya "Trip Ringan"..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters