Be My Friend

Thursday, November 18, 2010

Tuas Yan 14/11/2010

ALKISAH...

Trip yang hampir pasti nk di kenselkan akibat drpd berita tentang keadaan cuaca yg tak menentu dibahagian utara akhirnya diteruskan juga setelah mengambil kira segala faktor2 risiko yang berkaitan. Walaupun di dalam hati masih berkata-kata tentang kemungkinan ribut di laut yang bakal ditempuh.. rasa ketegaq telah mengatasi segala-galanya... Tiada target yang diletakkan.. janji boleh balik dengan selamat pun sudah cukup baik..bak kata Pak ya, "agak tak boleh pi tuas.. kita kasting la keliling pulau".. hehehe..

Berbekalkan sedikit bulus, termenung kojol, set2 pancing 'chap ayam' dan sepuluh bungkus nasik lemak.. 5 lanun bersaudara memulakan perjalanan sekitar jam 7.30 pagi..



Awan mendung mengiringi kami.. namun sang mentari masih sudi menampakkan diri walaupun beliau sedikit malu..


Setibanya di tempat yang dituju.. cuaca berubah cerah.. balingan perasmian oleh ketua lanun disambut oleh sekoq tenggiri yg ponteng sekolah.. maka dengan rasminya.. acara casting pun bermula..



bot sebelah yang berjaya menaikkan beberapa ekoq tenggiri dan 3 boron bersaiz 3-4kg berumpankan sotong mengabang..


selang beberapa minit... LPBC abu promax + sufix 12lb + abu conolon 8-17lb dihenjut kasar..


sekoq lg mat rempit berjaya di tahan..


Jun yang dah takleh tahan, terus mengubah posisi ke bahagian belakang.. chreettt!!



Seterusnya, setelah berkali-kali rabut.. giliran shahrul mendapat strike..



Giliran Pak Ya untuk renew lesen setelah kumpau dlm beberapa trip yg lepas..


Telinga gajah 'buta' yang membaham mata kail appolo saiz 20..


Menjelang pukul satu tgh hari, tiada lagi bayang tenggiri yang kelihatan, hanya sang belitong dan banang yang sudi menyambar...


Setelah tiada lagi tanda2 ikan yang nk makan , diikuti dengan keadaan laut yang mula menampakkan tanda2 amaran.. kami pon bergerak pulang ke pengkalan sekitar jam 4.40ptg..


Antara hasil dlm trip kali ini..





Kesimpulan trip:

Hasil Keseluruhan:

Tenggiri - 9 ekoq
Golok - 7 ekoq
Banang - 6 ekoq
Telinga Gajah - 1 ekoq
Gerut-gerut - 3 ekoq
kerisi, caru dll - berbelas-belas

*hasil agak memuaskan, mungkin kerana cuaca yang baik ditengah-tengah musim ribut.

*ada 2 bot yg berjaya mendaratkan sehingga 26 dan 21 ekoq tenggiri pada hari tersebut.. lain2 bot.. tak dapat diketahui akan hasilnya.. Sekian dulu.. sampai bertemu dalam edisi yang lain..  :winkgrin: :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters