Be My Friend

Wednesday, November 16, 2011

IKAN KUKUS LIMAU NIPIS + CENDAWAN



Bahan-bahannya:

Seekor ikan spt: Kerapu, Merah, Siakap dan Bawal (Table size lingkungan 1 kilo)
3 batang serai dihiris halus
2 biji tomato dipotong dadu
1 batang carrot dihiris memanjang (mcm batang mancis)
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang besar dihiris halus
5 ulas bawang putih dicincang
2 biji limau nipis diperah jusnya
sedikit kicap soya cair
sedikit daun sup / bawang
cendawan dipotong kasar (kalau suka boleh letak cendawan shiitake)
10 tangkai cili api dipotong kecil (ikut kesesuaian- kalau nk pedas boleh tambah lg)
1 ketul kiub pati ayam / serbuk perasa ( hancurkan/ bancuh dgn air panas)
garam
gula

Penyediaannya:

1. kelar badan ikan sederhana dalam pada jarak seinci.. gaulkan dgn sedikit garam..
2. Taburkan serai kedalam bekas kukus kemudian..
3. Bawang besar, bawang putih dan halia.. kemudian..
4. Letakkan ikan tadi.. kemudian..
5. Tuang jus limau nipis bersama dengan larutan kiub pati ayam/serbuk perasa.. kemudian..
6. Carrot
7. Sedikit gula dan percikkan sedikit kicap soya cair.. dan juga cili padi..
8. Kukus ikan tadi pada api sederhana selama 10 minit*.. Kemudian..
9. Masukkan Cendawan dan tomato..
10. Kukus lagi selama 5 minit*..
11. masukkan daun sup/bawang..
12. Kukus lagi selama 5 minit*..
13. Matikan api.. nanti terbakar susah pulak.. heheh..
14. Siap..

(* tempoh masa mengukus bergantung pada saiz ikan)

Boleh hidang sekali dgn telur dadar dan kailan ikan masin..

Sekian untuk kali ni.. kalu dah try boleh komen kat sini.. Terima Kasih.

Tuesday, November 15, 2011

MJ-ing with THE CREW #3 - Kuala Trong

3 NOV - Kualiti air yang agak keruh di kebanyakan spot sedikit sebanyak telah menjejaskan aktiviti pancingan pada kali ini. MJ yang pertama hanya dapat di daratkan pada lewat petang, sekitar pukul 5. Daripada 14 strike, cuma 7ekor yang berjaya di daratkan dengan selamat manakala sebanyak 4 ekor gewang telah berjaya di larikan oleh suspek..

Inilah spesis yg disyaki bertanggungjawab melarikan gewang kedalam reba.

MJ kedua dikelepet oleh Ipin
MJ terakhir.. dgn gewang Ofmer Shady 60F warna Fluorocent

Hasil keseluruhan: 3 MJ , 4 Barracuda/Kacang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters