Be My Friend

Sunday, January 30, 2011

MJ-ing with THE CREW #2

29,Jan -'TRIP HUJAN'- Itulah gelaran untuk trip kali ini . Tetapi hujan yang turun sepanjang hari tidak dapat menghalang keinginan kami untuk turun casting. Aktiviti kali ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir sekitar jam 6.30 petang. Walaupun hujan renyai-renyai dan sesekali agak lebat juga.. aktiviti casting tetap diteruskan. Dan hasilnya...

Photobucket
Shahrul dengan MJ pertama 'Trip Hujan'

Friday, January 21, 2011

MJ-ing with The CREW

JAN 15 - Satu trip casting telah direncanakan untuk menguji keberkesanan beberapa jenis gewang yang berada dalam simpanan. Target kali ini ialah dari spesis Siakap Merah a.k.a Mangrove Jack yang amat terkenal dengan kepantasannya melarikan umpan ke tempat persembunyiannya. Spesis ini boleh ditemui dibahagian tebing sungai yang berstruktur seperti kawasan pokok tumbang sehinggalah di kawasan kapal karam di lautan terbuka (spesis dewasa melebihi 3 kg).

Trip bermula seawal jam 7.00a.m, di sertai bersama 2 rakan yang sentiasa menjadi teman yang setia. Cuaca dan paras air yang agak memuaskan telah menjadi bonus kepada trip ini.. Malas nak cerita panjang-panjang, berikut sedikit gambaran sepanjang sehari casting di Pantai Remis...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sunday, January 9, 2011

CASTING TANJUNG HARAPAN - 02/01/2011

Ahad, 2 Jan - Satu trip telah dirancang untuk mencuba lokasi mengilat air tawar ini yang Terletak dalam daerah SAUK, lebih kurang 20 minit perjalanan dari persimpangan keluar KUALA KANGSAR menghala ke GRIK. Kami tiba di lokasi dari PADANG RENGAS sekitar pukul 9 pagi. Trip yang dianggotai oleh seramai 6 orang dengan menggunakan 2 buah sampan fiber berenjin 5hp dan 15hp menyasarkan spesis 'Peacock Bass', Sebarau dan Toman sebagai sasaran utama.

Photobucket
Boleh ke bawak bot macam nii?!! ;p

Photobucket


Photobucket
Bertanya tips-tips casting daripada orang tempatan


Photobucket

Photobucket
Memunggah peralatan ke dalam bot

Thursday, November 18, 2010

Tuas Yan 14/11/2010

ALKISAH...

Trip yang hampir pasti nk di kenselkan akibat drpd berita tentang keadaan cuaca yg tak menentu dibahagian utara akhirnya diteruskan juga setelah mengambil kira segala faktor2 risiko yang berkaitan. Walaupun di dalam hati masih berkata-kata tentang kemungkinan ribut di laut yang bakal ditempuh.. rasa ketegaq telah mengatasi segala-galanya... Tiada target yang diletakkan.. janji boleh balik dengan selamat pun sudah cukup baik..bak kata Pak ya, "agak tak boleh pi tuas.. kita kasting la keliling pulau".. hehehe..

Berbekalkan sedikit bulus, termenung kojol, set2 pancing 'chap ayam' dan sepuluh bungkus nasik lemak.. 5 lanun bersaudara memulakan perjalanan sekitar jam 7.30 pagi..



Awan mendung mengiringi kami.. namun sang mentari masih sudi menampakkan diri walaupun beliau sedikit malu..


Setibanya di tempat yang dituju.. cuaca berubah cerah.. balingan perasmian oleh ketua lanun disambut oleh sekoq tenggiri yg ponteng sekolah.. maka dengan rasminya.. acara casting pun bermula..

Friday, September 17, 2010

POPPING TARPON DI KUALA TRONG

Rabu, 15 SEPT - Akibat tak dapat nak menahan gian, satu komplot singkat telah di atur pada hari raya ke-enam. Destinasi kali ni ialah Kuala Trong, yang terkenal di utara semenanjung dengan spesis Siakap Merahnya.

Spesis itu jugalah yang menjadi target kami sewaktu dalam perbincangan awal trip. Malangnya, hujan lebat seawal 9 pagi yang berlarutan sehingga jam 2 petang membantutkan hasrat kami untuk casting Siakap Merah pada hari itu.

Setelah hampir lima jam berhujan (sejuk yang amat!! hehehe), dan memikirkan harapan untuk menjerat siakap merah semakin menipis, Shahrul selaku 'Boatman' pada hari itu mencadangkan agar kami pergi mengintai Sang Bulan yang banyak kelihatan sewaktu dalam perjalanan awal pagi tadi.

Tanpa berfikir panjang, kami sebulat suara bersetuju untuk mencuba aktiviti yang sebelum ini belum pernah kami praktikkan di kawasan ini, iaitu 'POPPING'! Ternyata ianya sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan kami sebelum ini. Sang Bulan memang peramah. Popper Mikro (45-65gm) yang dilontarkan mendapat sambutan yang menggalakkan. Sehingga ada sesetengah kes Sang Bulan menghambat popper sampai ke tepi bot. Aktiviti yang berterusan hingga ke pukul 5 petang telah menghasilkan sebanyak 13 ekor Bulan seberat sekitar 500gm - 1kg.

Kami mengambil keputusan untuk bertolak pulang jam 5 petang kerana jarak perjalanan yang agak jauh untuk kepengkalan (Enjin 5hp sangatlah perlahan). Sewaktu dalam perjalanan pulang, sempat juga melepaskan gian untuk 'Casting' Siakap Merah, namun tiada yang sudi menjamah umpan. Akhirnya perjalanan diteruskan menuju Pengkalan Kuala Trong dan kami tiba di sana sekitar jam 7.30 malam.

Berikut disertakan serba sedikit gambar yang sempat dirakamkan buat tatapan umum..

Perjalanan Bermula

Port Bulan.. Seram gak tempat ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters