Rabu, 15 SEPT - Akibat tak dapat nak menahan gian, satu komplot singkat telah di atur pada hari raya ke-enam. Destinasi kali ni ialah Kuala Trong, yang terkenal di utara semenanjung dengan spesis Siakap Merahnya.
Spesis itu jugalah yang menjadi target kami sewaktu dalam perbincangan awal trip. Malangnya, hujan lebat seawal 9 pagi yang berlarutan sehingga jam 2 petang membantutkan hasrat kami untuk casting Siakap Merah pada hari itu.
Setelah hampir lima jam berhujan (sejuk yang amat!! hehehe), dan memikirkan harapan untuk menjerat siakap merah semakin menipis, Shahrul selaku 'Boatman' pada hari itu mencadangkan agar kami pergi mengintai Sang Bulan yang banyak kelihatan sewaktu dalam perjalanan awal pagi tadi.
Tanpa berfikir panjang, kami sebulat suara bersetuju untuk mencuba aktiviti yang sebelum ini belum pernah kami praktikkan di kawasan ini, iaitu 'POPPING'! Ternyata ianya sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan kami sebelum ini. Sang Bulan memang peramah. Popper Mikro (45-65gm) yang dilontarkan mendapat sambutan yang menggalakkan. Sehingga ada sesetengah kes Sang Bulan menghambat popper sampai ke tepi bot. Aktiviti yang berterusan hingga ke pukul 5 petang telah menghasilkan sebanyak 13 ekor Bulan seberat sekitar 500gm - 1kg.
Kami mengambil keputusan untuk bertolak pulang jam 5 petang kerana jarak perjalanan yang agak jauh untuk kepengkalan (Enjin 5hp sangatlah perlahan). Sewaktu dalam perjalanan pulang, sempat juga melepaskan gian untuk 'Casting' Siakap Merah, namun tiada yang sudi menjamah umpan. Akhirnya perjalanan diteruskan menuju Pengkalan Kuala Trong dan kami tiba di sana sekitar jam 7.30 malam.
Berikut disertakan serba sedikit gambar yang sempat dirakamkan buat tatapan umum..
Perjalanan Bermula
|
Port Bulan.. Seram gak tempat ni.
| | | |
|
|
Boatman .. Shahrul |
|
Bulan first aku |
|
Shahrul dan Bulan |
|
Wan dengan Bulan |
|
Air yang keruh sewaktu dlm perjalanan pulang akibat dari hujan lebat |
|
The 'TARPONES' |
|
4 yang pergi, cuma 3 sahaja yang berjaya pulang dgn selamat |
|
Kesimpulannya, POPPING Sang Bulan memang memuaskan kalau dilayan dengan set 16lb ke bawah.. KARANN!!
No comments:
Post a Comment