Be My Friend

Wednesday, July 28, 2010

DAIWA CALDIA KIX (PRO and KONTRA) Please review...

Hi everyone.. Need more info about Caldia KIX series because i'm planning to go on this reel soon.. If you guys have any comment of this reel (especially 'field test').. hopefully u share here with me and other anglers..or.. if u have other type of reel to suggest.. i'll be very happy to hear from u..

Wednesday, July 14, 2010

Reel Review - DAIWA CALDIA 2009 (3000 Series)

Reel ni (MADE IN THAILAND) aku beli pada harga RM600(dah beli baru dpt tau ada member dari Penang beli dgn harga RM390 saja.. tekanannn!!!) pada awal Jun 2010. Antara spesifikasi yg terdapat pada reel nih:

REAL 4
Digigear II
Silent oscillation
High accuracy super metal main frame
and side plate
Air spool on 2506 model
ABS spool
Cross wrap
Airbail
Twistbuster 2
Rotor brake
Tournament drag
6 ball bearings + 1 CRBB
Washable
Aluminum machined handle
Neo ball knob on 2506 model

Ulasan:

Pro:



Setakat nih.. ikan paling besar pernah aku fight guna reel ni hanyalah Pisang-pisang seberat 3-4 kg sewaktu trip casting Pulau Jarak (kira ambil lesen la tu.. hehehe) yang mana aku kawinkan reel ni dgn Rod 1 piece Abu Conolon PE1-3 bersama-sama dgn tali sulam Varivas Avani PE3. Dragnya berfungsi dgn begitu lembut sekali manakala kuasa karauan (untuk ikan seberat 3-4kg) memang memuaskan.

Kontra:
Cuma satu perkara yang aku tak puas hati pasal reel ni. LINE ROLLER nya hanya menggunakan 'bushing' dan bukannya ball bearing seperti yang terdapat pada reel2 Mid-End daiwa yg lain seperti Fream KIX/J dsb.. Tapi itu semua bukan masaalah besar kerana modifikasi pada Line Roller tersebut masih boleh dilakukan dgn menambah ball bearing yang boleh dibeli drpd kedai pancing yang berdekatan.. :P

Sedikit tambahan berkenaan Reel ni..

Monday, May 10, 2010

TEKNIK 'CASTING' SEBARAU

oleh: REAL BUNTAL


Tabiat/perangai sebarau kebanyakannya sama di semua lokasi/tempat...apa yg kita perlu ialah spot/lubuk yg selalu didiami oleh spesis pemangsa ni.umpan memainkan peranan penting selain teknik dan cara persembahan...

spot/lubuk:-

sebarau sungai/jeram = suak atau anak sungai yg air nye sejuk..masa utk mencari spesis ini dia kawasan ini ada waktu awal pagi (6-9am).kedalaman air 3-10kaki(anggaran)
umpan = spoon berkilat(silver coated atau gold coated)15g kebawah adalah efektif.contoh altima atau seangkatan abu island.gewang selaman 2-4kaki (berbibir pendek)sbg contoh x-rap,shallow shad rap atau minnow rap.
cara persembahan = cast dan drop 2-3saat kemudian karau sambil jerk(angkat joran keatas)dan drop balik...ulang laa smp jemu/ikan hook up.sesekali cuba juga karau laju yg munasabah...jgn laju sangat smp ikan nak kejar spoon pon tak boleh plak.heheheh

sebarau tasik :- kawasan yg selalu didiami spesis ini ada rekahan dinding berbatu,suak,drop off(kawasan tebing berbukit),kawasan tunggul kayu,kawasan pokok tumbang dan kawasan terbuka(ada punca makanan contoh = anak toman)
umpan = spoon gold coated atau silver coated (bekilat)10-18g.gewang yg berwarna terang contoh oren,merah,hijau florecent dan lain2 yg terang..bersaiz 7-12cm yg pelbagai jenis selaman.dr yg 2-4kaki - ke 7kaki.selalunye sebarau lebih tertarik dgn warna merah dan oren atau warna seangkatan dengannye.(terang)
cara persembahan = cast (tunggu sekejap sehingga kocakan lure hilang di permukaan air) kemudian

Saturday, April 17, 2010

Trip Ringan Pulau Sembilan, Perak - 11-12April,2010

Trip kali ini berlangsung di Pulau Sembilan, Perak yang terkenal dengan Talang dan Cencaru 'Kuda'nya. Trip yang asalnya dianggotai oleh 8 orang terpaksa diteruskan juga walaupun2 orang telah menarik diri di saat-saat akhir kerana terlibat dengan kemalangan sewaktu dalam perjalanan pergi ke pengkalan..

Senarai Peserta:

1. Bad - Padang Rengas
2. Shahrul - Padang Rengas
3. Anuar - Padang Rengas
4. Zul Talang - Kuala Kangsar
5. Ijat Molly - Pantai Remis
6. Zul Cabai - Manong



2 orang yang tak dapat hadir disebabkan kemalangan di Batu Gajah ialah saudara Jeff dan seorang rakannya yang namanya belum sempat dikenalpasti.. heheh.

Kami sampai di Outward Bound School, Teluk Batik pada sekitar jam 10:00 pg. Selang setengah jam selepas itu, bot yang kami tunggu-tunggu pun tiba.. "Kalau kami mai awai pun hangpa bukannya boleh naik lagi.. ayaq tengah surut..", kata awak-awak sambil tersengih dgn muka seposennya..



















Tiba di kawasan gugusan pulau sembilan sekitar jam 11:30. Seperti biasa kedatangan kami disambut oleh kawanan ikan-ikan karang seperti Lelah, Ciak Raya, Kunyit2, Uji Rashid, Kerisi dan lain2 yang rakus menyambar apollo berumpankan bilis segar.

Ketika berlabuh berhampiran pulau sesekali aku cuba gak casting 'Bulu Ayam' dengan Koster.. tapi nampaknya takde sekor pun GT yang sudi.. walaupun ketika itu air pasang besar dan menghempas ke batu.. Aktiviti pancingan apollo berumpan bilis berlarutan hingga ke pukul 4 petang.

Memandangkan tiada tanda2 kehadiran cencaru/talang, Tekong Pak Mat mengambil keputusan untuk berpindah ke lubuk baru..

Di lubuk baru sekitar 4:30 petang.. perambut dua cabang digunakan untuk tujuan 'drifting' bilis bagi menjerat Talang/Pandan. Sebaik sahaja umpan diturunkan ragutan pertama berlaku. Melihat cara larian ikan sahlah talang yang punya angkara.. Selepas itu.. semua orang bergilir-gilir menaikkan talang/pandan dan diselang-seli dengan pelata bali (kerapkali berlaku 'double strike'). Memang best layan spesis nih kalau menggunakan set ringan 10-25lb. Kadangkala.. baru saja umpan dilabuh dan belum sempat tenggelam dah pun kena balun.. hehehe.. Ikan makan terus menerus hinggalah matahari melabuhkan tirainya sekitar jam 8 malam.

Tuesday, April 6, 2010

Tuas Yan - 25/3/2010

Tanggal 25/3/2010 satu trip telah di atoq untuk memancing diperairan Yan, Kedah. Trip kali ini telah disertai oleh 5 pemancing yang 'ketegaq'..

Berikutan hasil yang kurang memberangsangkan, makanya aku malas nak cerita panjang.. Tengok je la gambar-gambar yang sempat aku 'snapped'..


Dlm perjalanan...


Shamshul dgn strike pembuka tirai kejohanan..




hasilnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters