Be My Friend

Sunday, June 9, 2013

MJ-ing With The CREW #4 - 2013 1st Half Report


My 1st entry of 2013.. kinda busy this year.  For the first five month of 2013.. It's all about KUALA TRONG ,located near Taiping, Perak. 
  




































Till next time.. Practice Selected Harvest. Tight Lines!!

Monday, August 13, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah..

      Sedar tak sedar tak lama lagi bulan Ramadhan yang mulia akan berlalu pergi meninggalkan kita. Bagi yang telah memanfaatkan bulan ini dengan melaksanakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah sunat yang lain dengan bersungguh-sungguh, semoga kalian di kurniakan rahmat dari Allah s.w.t. Dan pada mereka yang masih belum.. manfaatkanlah peluang yang datang sekali dalam setahun ini untuk sama-sama mencari keredhaanNYA sementara kita masih diberi peluang olehnya, takut nanti kita tidak lagi berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang berikutnya.. Wallahuaqlam..

      Bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini, tidak salah kalau kita masih nak meneruskan aktiviti pancingan yang boleh dikatakan telah menjadi darah daging sesetengah daripada kita. Akan tetapi harus diingat, jangan sesekali jadikan aktiviti memancing yang sinonim dengan berpanas dan berhujan ini sebagai alasan untuk kita tidak berpuasa. Dan sekiranya kita merasakan diri kita tidak mampu untuk berpuasa sewaktu memancing, maka sebaiknya pertimbangkanlah kembali hasrat kita untuk turun padang, kerana puasa itu lebih utama berbanding keseronokan melayan tarikan MJ,GT, Sebarau,Toman dan sebagainya. Masih banyak ruang waktu selepas Ramadhan untuk kita meneruskan hobi kita yang satu ini.

     Akhir sekali, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat meneruskan Ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan  ketibaan SYAWAL yang tidak lama lagi akan menjelang. Jika sekiranya terdapat salah dan silap dari pihak saya sepanjang penulisan artikel di dalam blog ini.. saya pohon kemaafan dari semua. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada Ibadah yang kita telah kerjakan dan semoga aktiviti pancingan anda berlangsung dengan jayanya.. - Nazrun Nizwan Emran-


Wednesday, May 9, 2012

Melayan Peacok Bass Air Kuning

6 Mei 2012 - Setelah sekian lama mendengar cerita-cerita daripada rakan pancingan dan membaca artikel mengenai Air Kuning yang dikatakan antara spot termaik untuk memburu PB bersaiz mega di tanahair, akhirnya kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman casting di sini. Terima kasih kepada saudara 'Kerol Fazone' yang sudi mengajak kami untuk berkomplot bersama beliau dan hasilnya...



 


Seekor belida bintik skala anggaran hampir 2 kg juga berjaya dipancing oleh Mat yie yang menggunakan Jig Mikro 8gm berjenama Mahi. Tapi sayangnya ikan terlucut sewaktu hendak di daratkan ke atas bot kerana kami tidak membawa tangguk. Single hook yang hanya terlekat sedikit sahaja pada bibir ikan tidak mampu menahan berat ikan yang meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Apapun, trip susulan pasti akan di laksanakan selepas ini... Tunggu!

Monday, February 27, 2012

Trip Pancing Keliling Pulau Jarak, Perak.

Trip yang berlangsung pada 14 dan 15 Februari ini melibatkan 11 orang ahli daripada Padang Rengas (6) , Pantai Remis (3) dan Ipoh (2).  Kebanyakan hasil tangkapan pada trip kali ini adalah pada waktu siang manakala pancingan malam hanya didominasi oleh spesis Ikan Kacang.






























Rakaman Video Hasil Pancingan Ihsan daripada seorang ahli trip ini :

 

Secara keseluruhannya kami mendapat anggaran 180kg hasil tangkapan yang akhirnya dibahagi sama rata kepada semua peserta trip ini. Terima Kasih semua!! Kalian semua memang sempoi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters