Be My Friend

Monday, August 13, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Alhamdulillah..

      Sedar tak sedar tak lama lagi bulan Ramadhan yang mulia akan berlalu pergi meninggalkan kita. Bagi yang telah memanfaatkan bulan ini dengan melaksanakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah sunat yang lain dengan bersungguh-sungguh, semoga kalian di kurniakan rahmat dari Allah s.w.t. Dan pada mereka yang masih belum.. manfaatkanlah peluang yang datang sekali dalam setahun ini untuk sama-sama mencari keredhaanNYA sementara kita masih diberi peluang olehnya, takut nanti kita tidak lagi berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang berikutnya.. Wallahuaqlam..

      Bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini, tidak salah kalau kita masih nak meneruskan aktiviti pancingan yang boleh dikatakan telah menjadi darah daging sesetengah daripada kita. Akan tetapi harus diingat, jangan sesekali jadikan aktiviti memancing yang sinonim dengan berpanas dan berhujan ini sebagai alasan untuk kita tidak berpuasa. Dan sekiranya kita merasakan diri kita tidak mampu untuk berpuasa sewaktu memancing, maka sebaiknya pertimbangkanlah kembali hasrat kita untuk turun padang, kerana puasa itu lebih utama berbanding keseronokan melayan tarikan MJ,GT, Sebarau,Toman dan sebagainya. Masih banyak ruang waktu selepas Ramadhan untuk kita meneruskan hobi kita yang satu ini.

     Akhir sekali, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat meneruskan Ibadah puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan  ketibaan SYAWAL yang tidak lama lagi akan menjelang. Jika sekiranya terdapat salah dan silap dari pihak saya sepanjang penulisan artikel di dalam blog ini.. saya pohon kemaafan dari semua. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada Ibadah yang kita telah kerjakan dan semoga aktiviti pancingan anda berlangsung dengan jayanya.. - Nazrun Nizwan Emran-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Links

Pageviews last month

FLAG COUNTER

free counters